Bukan semua orang berpeluang menyaksikan proses menyambut kelahiran bayi. Menjadi seorang suami pun belum tentu boleh melihat isterinya melahirkan anak terutamanya jika sang isteri perlu dibedah. Apa yang kita selalu tonton di televisyen tu masih belum cukup meninggalkan kesan terutamanya golongan yang keras kepala dan hati kering serta malas mandi pagi seperti Ahmad Sharifudin Wassini b. Abdul Karim (abaikan).
Melihat bayi yang keluar beserta uri, darah dan pelbagai bendalir dari badan seorang wanita adalah satu peluang yang datang bukan selalu (ya, melainkan and seorang bidan atau petugas hospital yang kerjayanya memang itu). Disebabkan aku hanyalah seorang juru pengaturcara yang lebih banyak bercakap daripada menaip, maka aku berasa bertuah kerana dapat melihat sendiri proses kelahiran anak aku dan suasana yang cemas di bilik kelahiran. Bilik yang terang benderang itu di-gegak gempita-kan dengan erangan Nadia, jeritan jururawat A yang berdesibel tinggi, ketangkasan jururawat B dalam menguruskan operasi dan juga ke-cacamerba-an adik-adik pelatih dari universiti tempatan.
Dan jika anda selalu lihat askar dan polis saling memberi tabik hormat kepada ketua mereka, ketahuilah bahawa yang anda perlu tabik hormat itu adalah kepada kaum wanita; ibu yang berhempas-pulas melahirkan anak kita dan emak yang begiu tabah membesarkan kita. Mereka ini adalah super woman yang layak diberi penghormatan sebegitu.
Kenapa?
Kerana aku sanggup cabut bulu hidung aku dengan mengatakan bahawa tiada seorang lelaki pun yang sanggup mengeluarkan bayi dari hujung anunya.
Tak percaya?
Anda bayangkan diri anda sebagai seorang lelaki (Ini khas untuk orang perempuan dan bapuk yang mengaku perempuan). Di hujung anu anda, keluarlah seorang bayi yang seberat 2.6Kg. Sedangkan jika ada batu halus yang keluar pun kita sudah mengerang, apatah lagi mengeluarkan kepala bayi yang berdiameter 6cm.
Bagaimana lelaki? Nak cuba?
“Ai nak cuba!” (terdengar suara bapuk yang tak tahu malu di hujung sana sebelum dilepuk oleh Mohd. Mazwan bin Fakhrul Radzi - abaikan)
Naquib Nawfal selepas diazankan dan diqamatkan.Maaf, tiada gambar terbaru.Video ada tapi malas mahu muat naik.
Realitinya, dengan seberat 3.5Kg, Nadia Jalaludin telah berjaya mengeluarkan Naquib Nawfal secara normal pada pukul 7:40 malam 26 Oktober 2010. Aku yang diketahui umum memang gagah perkasa dan berperut buncit ini sudah pasti tak akan sanggup dan tidak mahu mengeluarkan bayi sebesar itu. Oleh itu, tabik hormat dan peluk cium aku berikan kepada isteri, Nadia bt. Jalaludin yang telah menjadi super woman kedua dalam hidup aku. Super woman pertama pastilah emak aku yang pada 21 tahun yang lalu melahirkan dan membesarkan aku dengan penuh kesabaran (menulis sambil menyorokkan bekas lebam ketika berumur 5 tahun :P :P)
I'm going to make this short (and hopefully, sweet). Here are the details:
Date: 28 August 2010 Time: 5.30pm onwards Venue: Secret Recipe, KLCC Attire: Yang tidak mendedahkan aurat berat dan sopan
I know I know, the idea of having the iftar in KLCC park is fetching but let's not forget the rainy season. We won't be able to have a tent for the event. Yet. So let's not take the risk and have it indoors instead.
We would be delighted if you can join this small gathering this year. Please feel free to confirm your attendance and hep! hep! serious attendees only ;).
Hence, I end this with a little note of hoping to see you people there.
Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM amir.azam@kosmo.com.my
KAPASITOR dibangunkan untuk penggiat karya kreatif seperti penulis, pelukis, penggubah lagu dan pemain muzik.
KEBANYAKAN orang tidak menyedari sisi kreatif di dalam diri kerana ia tidak pernah diterokai. Banyak faktor menyebabkan kreativiti itu terbantut begitu sahaja, salah satunya adalah kerana tiada medium untuk mengembangkan karya-karya kreatif itu.
Selain keterbatasan peluang menerbitkan karya kreatif, kos yang terlalu tinggi juga sering kali menjadi penghalang kepada usaha memahirkan bakat tersebut.
Lantaran itu, seorang anak muda membangunkan sebuah laman webwww.kapasitor.net pada awal tahun 2001 untuk dijadikan platform kepada penggiat karya kreatif mengenengahkan bakat terpendam mereka.
Tarikh: 31 Julai 2010 (Sabtu) Masa: 10.00 pagi – 4.00 petang Tempat: FnD Mindspot, 103A, Jalan Aminudin Baki, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur. Penceramah: En. Shaiful Rizal Mohd Jaafar (http://www.shaifulr.com)
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
Penyertaan adalah terhad kepada 10 orang sahaja.
Bayaran sebanyak RM80.00 dikenakan bagi setiap peserta.
Setiap peserta diminta membawa 3 keping gambar terbaik bagi tujuan pembelajaran.
Para peserta juga boleh membawa kamera masing-masing.
FUNGSI SEMINAR
Memberi pendedahan yang meluas tentang teknik fotografi kepada para peserta didalam mengaplikasikan konsep fotografi.
Membincangkan dan menerangkan tentang kreativiti menghasilkan sesebuah gambar yang berkualiti dan idealogis.
Meningkatkan pengetahuan para peserta tentang dunia fotografi menerusi perkongsian pengalaman penceramah sebagai photojournalist
Sila daftarkan diri anda kepada jojo atau la_ways dengann menyertakan sekali butir peribadi anda seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, nombor telefon. Sila buat pembayaran setelah mendapat pengesahan pendaftaran daripada jojo atau la_ways.
Pembayaran haruslah dibuat kepada:
Bayaran: RM80/seorang Akaun CIMB: 12510062550521 Nama: Mohd Syawalrudin bin Azizan
Anda diminta menghubungi En. Mohd Syawalrudin bin Azizan di talian 019-213 3969 bagi membuat pengesahan pembayaran dengan menyertakan tarikh serta nombor rujukan pembayaran.
The Internet is a powerful tool. With the Internet, there is no geographical boundaries and time limit. Many companies are turning to the Internet for marketing efforts.
A wordsmith grabs the chance and earns extra money from writing reviews, editing manuals and even conducting their own survey.
So, why can’t it be you?
Introduction
Participants will be exposed to the tips and tricks for freelancing through writing. Participants can expect to gain benefit from the tips to win the clients’ heart as well as places with available freelancing jobs. The conductor will also share ways on how participants can get benefit from their talents.
Information:
-The seminar is open for ten (10) participants only.
-Participants are required to write an essay of between 150 and 300 words on ‘Online Advertising’. This article will then be used during discussion to sharpen writing skills.
-Lunch meal is available for everyone.
Objective:
-To help participants be a better freelance writer.
-To learn together on becoming a better writer.
-To remind the participants on the importance of copyright issues.
Those who are interested can contact uculer to provide personal details like full name, IC number and phone number. Once participants got the registration confirmation from jojo oruculer, please make prompt payment to secure your seat.
Payment: RM80/person Maybank Account: 164258374173 Name: Siti Aishah bt Abdul Aziz
Feel free to contact uculer at 012-2080164 to confirm the payment with reference number and date intact.
Masih belum hilang penat setelah 3 hari berada di PWTC menjayakan gerai Kapasitor dalam Discovery Festival. Terima kasih tak terhingga kepada semua yang terlibat, datang dan menjayakan gerai Kapasitor tahun ini.
Sepanjang 3 hari itu juga, Kapasitor akan mengadakan satu pertandingan yang dinamakan Pertandingan Menulis Puisi SMS. Pertandingan ini akan menduga kehebatan dan kekreatifan anda untuk menulis puisi. Syarat-syarat pertandingan ialah:
1. Tidak melebihi 160 patah perkataan.
2. Menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
3. Terbuka kepada semua yang hadir pada Youth 2010 nanti (tiada batas umur, jantina, kaum mahupun politik).
4. Menggunakan borang yang hanya terdapat di Gerai Kapasitor di Youth Malaysia 2010.
5 puisi sms terbaik akan mendapat sehelai t-shirt Kapasitor secara percuma dan akan diumumkan pada 3hb Jun 2010 melalui laman sesawang Kapasitor.net
Cara untuk menyertai pertandingan ini mudah sahaja. Datang ke booth Kapasitor di Discovery Festival sepanjang berlangsungnya acara Youth Malaysia 2010 dan isi borang pertandingan! Tiada had penyertaan tetapi setiap orang layak menerima satu hadiah sahaja!
*Hanya puisi dalam bentuk teks sahaja diterima. *Puisi SMS mestilah dihantar menggunakan borang (yang hanya terdapat di gerai Kapasitor) kepada sekretariat gerai Kapasitor di Youth 2010. Cara-cara lain akan ditolak.
Hari Kapasitor adalah satu hari di mana setiap ahli Kapasitor akan memberi sedikit publisiti kepada Kapasitor sama ada di Facebook, Twitter, blog, status IM atau di mana-mana saja asalkan orang nampak, tahu dan boleh diklik. Hari Kapasitor telah dipersetujui jatuh pada setiap minggu hari Khamis.
Oleh itu, bagi menghargai usaha Encik Zinggof (ketua program Hari Kapasitor), maka Hari Kapasitor yang pertama ini aku nak share puisi Kosong di sini.
Kapasitor Balik Kampung di KTM merupakan satu sessi fotografi tertutup untuk rakan-rakan pentadbiran Kapasitor. Sessi itu telah mendapat tajaan akuss15 @ http://www.muhamadhanafi.net/myblog/. Beliau adalah seorang jurufoto perkahwinan dan lain-lain majlis rasmi mahupun tidak rasmi. Anda boleh lihat senarai tempahan beliau untuk tahun ini dan juga pakej-pakej menarik yang sukar didapati di tempat-tempat lain.
Gambar 1: apun byk buat salah ni, cepat mintak maap! :P
Gambar 2: syud gemar mengorek pipi jika ada masa terluang :P
Gambar 3:ok, bersedia untuk balik kampung! (zinggof, jojo, ishk)
Gambar 4: (ishk, uculr, syud, safina17, jojo)
Gambar 5: apa yang sama dlm gambar ni? MULUT !!
Gambar 6: perhatikan safina17 bermuka kejam
Gambar 7: adik di dalam keretapi tidak tahu menahu lantas senyum.
Gambar 8: ucu cuba menahan keretapi tapi kelihatan takut
Gambar 9: 4 orang perempuan yang bertangan pendek (ayusherly, syud, safina17, njay)
Gambar 10: uculer: ok ayu! tukar orang plak! kasi aku duduk depan
Gambar 11: zinggof dan cahatomic keletihan kerana tertinggal keretapi
Gambar 12: jurufoto duku sedang memerikasa kelengkapan. (ayusherly, xr, akuss15, jojo, uesman)
Gambar 13: seperti biasa, menjadi sasaran lensa paparazi (xr, ayusherly, zinggof, akuss15)
Gambar 14: bergaya ala-ala boyband yang sudah pupus (syud, ayusherly, safina17, njay)
Gambar 15: ok, bergerak ke luar pula!
Gambar 16: jurufoto mengambil gambar jurufoto mengambil gambar jurufoto mengambil gambar kami
Jutaan terima kasih kepada Encik Hanafi @ Duku kerana sanggup berpeluh dan bersusah payah untuk menghadirkan diri ke sessi ini. (Nantikan cerita penuh Kapasitor Balik Kampung di KTM yang akan datang menjelang hari raya nanti insya Allah).
Kemudian, majlis bertukar tempat ke KL Sentral pula di mana di sana telah menunggu cik Dayya yang ternayata tiba paling awal.
Gambar 17: darthside4 tiba lewat ketika semua org sedang leka makan. Chaosdreamer sedang mendukung Daima aka Jack Jack
Gambar 18: paktam8 yang mirip Black Mentor bersama... hmm...
Gambar 19: chaosdreamer memangku Daima, darthside, teratak
Gambar 20: berjaya mengkantoikan syud mengorek pipi, cepat2 beliau menukar posisi :P
Gambar 21: melissa, njay, ezzati, cahatomic
Gambar 22: Imran sempat membawa sampple kuih raya. kek coklat yang diberitakan sedap itu habis dimakan njay
Setelah berhempas pulas dan tidak tidur malam.. akhirnya telah siap cawangan Kapasitor yang satu ini. Mempersembahkan kepada anda yang 24jam berada dalam Facebook, inilah dia...
Kapasitor Mini ini ialah portal Kapasitor.net yang telah diringkaskan (puisi, cerpen, novel, blog, artwork, review, rekomen!! dan live feed) lalu diletakkan ke dalam Facebook. Sangat berguna terutamanya kepada anda yang gila Facebook ;)
Telefon aku menjerit ketika aku sedang mengemudi kenderaan beroda empat berkuasa 1000cc aku menuju ke Shah Alam. Sebagai seorang jejaka yang tidak menghiraukan keselamatan poket (manalah tahu jika ada polis sedang memerhati), terus aku melihat siapa di hujung talian.
Ayah.
Ok, bukan private number. Ingatkan orang mintak hutang.
Tet!
"Halo anakku sayang!"
"Ya, ayahandaku manja!"
"Anakanda pulang tak malam ni?"
"Tidak ayahanda, anakanda ada urusan duniawi untuk dilangsaikan. Gerangan apa?"
"Ohh.. tidak mengapalah. Ni, ayahanda nak ingatkan. Anakanda dapat jemputan ke Dewan Bahasa ni. Balik la ambil kad undangan ya?"
Dewan Bahasa hantar kad undangan? Wow!
"Ok ayahanda! Akan diusahakan!"
"Baiklah, cau cin cau..!"
(Perbualan di atas terpaksa dipesong untuk tujuan tertentu. Tiada hidupan yang terbunuh ketika pesongan diadakan)
Maka, keesokkan harinya aku pulang ke rumah. Benar, terdapat envalope besar di atas meja tertulis nama aku. Aku buka kad undangan yang terdapat di dalamnya. Oh, jemputan ke Majlis Pelancaran Wajah Baharu Majalah Terbitan DBP bertempat di PWTC pada hari Rabu 22hb April. Mohon RSVP segera.
Baiklah!
Berserta itu, terdapat juga majalah Tunas Cipta keluaran Mei 2009 dan sehelai lagi surat rasmi bertajuk "PENGHARGAAN SEBAGAI PENYUMBANG MAJALAH TUNAS CIPTA". Eh, berdasarkan 2 karya aku yang lepas (Sajak Cinta Kimia dan Sedikit Biologi serta Cerpen Indera Panji Dilanggar Todak), aku sekadar menerima cek apabila karya aku disiarkan di majalah Tunas Cipta. Tapi kali ini berbeza sedikit.
Aku menyumbang apa?
Aku selak majalah Tunas Cipta itu sehelai demi sehelai sampai aku berhenti dengan agak lama di halaman 6. Kemudian aku tersenyum sendirian.
Temu bual aku seperti yang Bonda Aini janjikan sudah terbit. Alhamdulillah.
1. Gila tak sangka! Tetibe ada muka aku dalam majalah! wow!
2. Sebenarnya aku rasa rendah diri weh.. aku bukan ada background dalam sastera @ penulisan ni.
3. Aku harapkan akan ada ramai lagi orang dari Kapasitor yang dapat menjinakkan diri dalam Tunas Cipta.
4. Kalo korang nak tau apa komen aku tentang DBP, apa pendapat aku tentang karya popular dan karya serius dan visi aku pada pengkarya internet.. maka korang kena beli majalah ni.
Kalau anda rasa cerita ini tentang Talentime sekolah, maka anda tersilap. Ini adalah filem yang bercerita tentang konflik antara agama, konflik antara percintaan orang normal dan pekak & bisu, konflik persaingan pelajaran, konflik kasih sayang, konflik antara kaum dan pelbagai konflik lagi.
Kita tahu rata-rata filem Yasmin pasti akan mengundang kontroversi. Talentime adalah tidak terkecuali. Dan seperti biasa, filem-filem yang padat berisi dengan isu berat selalunya tidak mendapat tempat di hati kita. Ok, antara yang mungkin mengundang kontroversi adalah isu tidak hormat lagu kebangsaan pada bahagian awal filem ini.
Ini Mahesh yang wajar dipukul kerana pandai berlakon :p
Ini Hafiz yang bermulut ganjil semasa audition :p
Talentime juga seperti satu filem muzikal yang tidak ada tari menari seperti High School Musical mahupun Hairspray. Namun begitu, filem ini juga mendengarkan suara keramat Aizat dan Atilia. Hafiz dengan gitar di pentas bersuara Aizat. Melur bermain piano bersuara Atilia. Oh, tak lupa juga lagu nyanyian Rahat Fateh Ali Khan bertajuk Oh Re Piya. Ada sesiapa di sini yang tahu mana nak beli OST Talentime ?
Cuma, filem ini tidak ada penamat. Kalau ada pun penamatnya, maka saya tidak faham. Cerita ini berakhir selepas Hafiz dan Kahoe menyampaikan lagu mereka di pentas bersama-sama. Tidak ada pemenang untuk talentime ini. Kononnya ada 7 org finalists, tapi yang ditonjolkan cuma 3 orang sahaja. Tidak mengapa, ini filem Yasmin. Adalah sebab beliau untuk menamatkan filem itu sebegitu.
1. Gile weh, Jaq berlakon tu! Tak de langsung scene dia menyanyi. Kali ni kasi dia chance berlakon lak. Tapi, macam tak mencabar sangat watak dia dalam Talentime ni.
2. (Melur) Pamela Chong berlakon aku rasa tak best. Nampak macam hot tapi hmmm... aku rasa tak best.
3. (Hafiz) Syafie adalah bakat. Masa dia nyanyi untuk audition talentime tu, mulut dia aku benci tengok :P. Menyesal tak salam + amek gambar dengan dia masa dia datang opis itu hari.
4. (Mahesh) Mahesh adalah lucu. Ekspresi muka dengan watak adalah sangat tepat. Ya, aku nak pukul ko jugak sebab ko pakai baju purple berkerawang yang sangat cantik.
5. Aizat & Atilia: Korang suara mantap! Aku nak beli OST Talentime! (Dah ulang 2 kali dah)
6. Harith Iskandar dan keluarga: Agak ganjil dan sofistikated. Tapi tak pe, dalam Sepet dah ada scene Harith Iskandar kejar bini dia dalam rumah pakai spender aje :P
7. Aku perasan penggunaan kenderaan-kenderaan yang aku rasa antik antaranya adalah bas sekolah yang berbentuk van tapi ganjil dan kereta cikgu warna merah yang berbentuk ganjil juga. Tak de company nak sponsor kenderaan ke? Kenapa tak nak partner dengan Proton gune kereta BLM?
8. Ok, audience masa tengok movie ni adalah ganjil juga. Diorang selalu gelak. Scene sedih pon diorang gelak. Ke aku yang bodoh tak paham scene?
9. Azean Irdawatie berlakon sebagai Embun, seorang pesakit kanser. Mak aih, real gile berlakon! Juga patut disembah!
Alhamdulillah, semua dah selesai. Sorry lambat update pasal Majlis Ulang Tahun ke-4 Kapasitor. Tadi aku balik dan sampai aje kat rumah terus nampak beberapa post di Komuniti tentang majlis yang berlangsung. Syawal pon dah tunjuk sneak peek gambar-gambar sepanjang majlis tu. So, aku rasa terpanggil untuk berkongsi dengan korang semua kenapa majlis itu berjaya dilaksanakan.
1. Abg Shamsul (Upenyu) Mungkin tak de siapa yang tau, tapi inilah manusia yang bersungguh-sungguh mahu menjadikan majlis ini dijayakan. Adeyl juga bersama beliau pada awalnya. Kalau bukan kerana Abg Shamsul, pasti majlis ulang tahun Kapasitor ke-4 tidak akan berlaku dengan sebegitu dan sebegini. Ayuh! Mari ramai-ramai jerit di shoutbox my.Kapasitor Abg Shamsul dan katakan: "Saya sayang Abang Shamsul! Terima kasih kerana berkorban untuk Kapasitor!"
2. Kesesuaian Tempat, Annexe roks! 2 galeri yang digunakan semasa majlis itu sebenarnya telah awal-awal lagi dibatalkan menjadi 1 galeri saja kerana terbatas dari sudut kewangan. Tetapi, budiman benar pengurusan Annexe, mereka dengan selamba dan kacaknya telah sponsor satu galleri kepada Kapasitor supaya tidak sesak. Maka, dapat 2 galleri. Thanks Pang dan Jerome. Annexe Gallery roks!
3. Kehebatan Mini-Studio Syawal dan Ossan Korang dan team korang adalah 9th Wonder of the World. Korang dengan selamba badaknya telah setup satu mini studio kat event Kapasitor. Geduak btul! Tapi, next event Kapasitor aku akan pastikan korang bukak mini-studio lagi. Korang best gile!! Happening, hensem-hensem dan jelita-jelita, gagah perkasa dan kreatif. Perlu pujian lagi ke? Wow!
4. 2 Workshop yang informatif, Serunaifaqir dan Epri adalah super kool! Tahukah anda Serunaifaqir memang gemar bercakap? Itu dibuktikan semasa workshop pertama beliau yang bertajuk "Panduan Penulisan dan Penghantaran Karya". Aku terpaksa jeling Ucu 6 kali semata-mata nak suruh Serunaifaqir berhenti bercakap. Hebat Khairul!
Kehadiran Epri telah menarik encik Khalid Salleh datang mencemar duli. Dan lebih menarik, workshop "terapung" pada sessi Serunaifaqir telah dipindahkan ke bawah atas nasihat pengelola workshop. Epri benar-benar mencurah ilmunya pada yang hadir. Terima kasih!
5. Persembahan yang meremang segala jenis bulu di badan Zuraidah, Ahnep, Lya, Syud, Andrea (pengacara gua.com.my), Acan, Black Coffee Honey, Gemala Kasturi, the Bagpiperz, Epri dan Gadis Upenyu (macam Gadis Harimau Kumbang dalam komik) telah membuatkan bulu tengkuk, bulu rom, bulu lengan, buluh betong dan bulu err.. err.. kami tegak kerana terlalu hebat! Sapa ada amek video time persembahan tu? Upload ke youtube please!
6. Pameran yang simple tapi super Mounting board potong senget? Itulah yang membuatkan pameran Kapasitor lain daripada yang lain malah lebih hangat daripada yang biasa! Pameran lain pasti tidak ada mounting board yang senget. Bersyukurlah, kerana dalam majlis ulang tahun ke-4 Kapasitor ini sajalah anda dapat melihat mounting board senget dan 60 puisi terhebat daripada 3 bahasa berserta 24 hasil seni lukis dan fotografi yang terulung. Ya, tidak termasuk video Zinggof di projektor belakang :p
7. Pasukan penganjur yang komited! Diorang sanggup curi masa kerja semata-mata nak siapkan stage. Diorang sanggup bazirkan masa cuti semata-mata nak potong mounting board. Diorang sanggup tak golek-golek kat katil sambil tengok tv malam-malam semata-mata nak datang meeting. Kalo diorang tak de, majlis ulang tahun ke-4 Kapasitor ni mungkin dapat disambut di kedai mamak aje dan dihiburkan oleh pelayan kedai mamak itu. Mesti korang tak nak btul tak?
Jadi, mari berterima kasih pada Team Kapasitor (admin dan moderator), upenyu, pej41, darthside4, aniegma, putri_alya, ahnep, syud, enarif, laways, ossan, ayusherly, akina, akusegan, nutsdecoco, loca, demityuh, greyorked, fadly (ada nama yg aku lupa ke? tolong taruk kat komen yer. Dah pukul 3 pagi aku tulis ni, otak dh tepu) dan teristimewa kepada njay sayang yang berada teguh di sisi walaupon demam tak kebah-kebah sampai ke hari ini. Juga terima kasih kepada orang-orang yang menderma kepada Kapasitor. Aku tak rasa aku patut announce nama korang tapi Allah tahu siapa korang. Allahlah yang balas setiap sen yang korang dermakan. Ida shazmiey, sorry tak dapat nak buat masa cuti sekolah itu hari. Next time insya Allah pasti ada lagi.
Jadi, aku ingin memohon maaf kalo ada terlebih dan terkurang. Ini adalah kali pertama Kapasitor organize majlis besar macam ni harap korang boleh maafkan keterlanjuran kami. Kalo ada sesiapa yang berkecil hati dan tak puas hati, mesej aku terus just in case kalo korang malu nak jerit kat shoutbox my.Kapasitor aku.
Aku sayang korang! Muah!
Untuk melihat gambar-gambar kemeriahan majlis ulang tahun ini, jemput klik ke pautan-pautan di bawah. Juga disertakan video ulang tahun yang diambil dari Gua.com.my
Mempunyai masa lapang pada hujung bulan Januari ini? Apa kata datang ke majlis ulangtahun Kapasitor ke-4 pada:
Tarikh: 31 Januari 2009
Hari: Sabtu
Tempat: Annexe Central Market
Masa: 10pagi - 6petang
Masuk: PERCUMA
Pelbagai acara menarik seperti bengkel penulisan daripada Serunaifaqir (pemenang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan - Exxon Mobil 2006-2007) dan Epri Tsaqib (penulis "Ruang Lengang" dari Indonesia).
Juga, terdapat pameran lukisan, puisi-puisi kreatif dalam Bahasa Melayu, English dan Bahasa Indonesia, persembahan puisi akustik, deklamasi sajak, persembahan muzik kebudayaan dari Kumpulan Gendang Gemala Kasturi dan The Bagpiperz dan banyak lagi.Kepada yang berminat untuk menceburkan diri dalam dunia penulisan diharap dapat mengambil kesempatan dengan menghadirkan diri dalam majlis ini.
Seperti yang telah diwar-warkan sebelum ini, maka dengan ini saya dengan perasaan rendah hati ingin memanggil semua orang yang mahu melibatkan diri dalam majlis bersejarah ini untuk perjumpaan kali pertama. Sila rujuk perincian yang tertera di bawah:
Tempat: Rasta Taman Tun Dr. Ismail (Rasta baru sebelah Penchala Link)
Masa: 9:00 - 12:00 malam
Tarikh: 13 November 2009 / Khamis
Person in charge: Johari Rahmad (jojo) +016 2315025
Sila rujuk pelan lokasi jika anda tidak pasti di mana Rasta Taman Tun
Kepada yang berminat untuk mengelola majlis ini, saya minta anda semua dapat hadir ke sessi perjumpaan pertama ini. Kelak, anda akan dapat berkenalan dengan lebih dekat dengan ahli-ahli semua di samping akan diterangkan tentang apa yang bakal dirancang. Jangan lupa, sila bawa kertas dan pen bersama-sama anda untuk mencatat. Jika anda sudah berkeluarga, saya minta maaf kerana mengadakan mesyuarat ini pada malam Jumaat. Harap tidak mengganggu sebarang proses menambah khalifah di muka bumi :p
1. Last night we quietly launched our new platform for musicians. We called it Kapasitor Music. For the first phase of this new platform, we are going to share videos. Unfortunately, we cant host your video here in Kapasitor. What you can do is upload your videos to any video site (eg: Youtube) and share with us the embed or html code. All videos require approval.
2. Simply click on the "Quick Post" or Dashboard > Create and you will see the shortcut.
5. If you haven't logged into Kapasitor for some times, you will be amazed on how we have improved our platform since your last login. For a start, let us greet you in our new Chatroom.
Since there are so many things in Kapasitor that we need to update, I think it would be better if we release the 1st batch first. The 1st batch updates are:
Rekomen comes from Bahasa Melayu word means recommend. This is a new tool for all of us to read @ enjoy posts based on recommendations by the members of Kapasitor. This is not only good for the current members, but also good to new member to know what Kapasitor has to offer. So, I suggest you start digging kapasitor and start Rekomen!!-ding.
A new addition and only applies to Creative Writings. It's a tool for you to discuss and elaborate any of the posts submitted by members from your point of view. It is different from Comments because Kapasitor: Reviews is meant to be educational and in serious mood. It must be in article format where you have to write it properly.
I personally hope that you wouldnt get confused with movie reviews or book reviews. These kind of reviews should be sent to Kapasitor: Community.
what's the different between Comment and Rekomen!! and Review?
Rekomen!! is a recomendation and suggestion tool.
Comment is basically a simple feedback.
Review is a discussion and elaboration tool from your point of view in response to the particular post.
Disebalik kelahiran Naquib Nawfal
-
Oleh: Johari Rahmad
Bukan semua orang berpeluang menyaksikan proses menyambut kelahiran bayi.
Menjadi seorang suami pun belum tentu boleh melihat isterinya...