Memaparkan catatan dengan label youth malaysia 2010. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label youth malaysia 2010. Papar semua catatan

Isnin, Mei 31, 2010

Sekitar Gerai Kapasitor Selama 3 Hari di Youth Malaysia 2010 @ PWTC

Salam semua!

Masih belum hilang penat setelah 3 hari berada di PWTC menjayakan gerai Kapasitor dalam Discovery Festival. Terima kasih tak terhingga kepada semua yang terlibat, datang dan menjayakan gerai Kapasitor tahun ini.





Untuk gambar penuh, sila lihat album:

atau


Untuk laporan penuh sepanjang 3 hari, sila ke link ini:

Alhamdulillah, terima kasih semua! ;)

Khamis, Mei 27, 2010

Jadual Persembahan, Gerai Kapasitor & Pertandingan Menulis Puisi SMS sempena Youth Malaysia 2010

Berikut adalah jadual persembahan ahli-ahli Kapasitor sempena Youth Malaysia 2010 di PWTC pada hari Ahad, 30 Mei 2010.

Diharap para peserta akan bersedia dengan persembahan masing-masing.



http://theyouthfestival.com/images/map-bigger.png

Tempat: Discovery Festival

Masa: 1:30 tgh hari – 2:00 petang

1. Rebelliben solo | 5 minit | 1:30 ptg – 1:35 ptg

2. Syud ft. Rebelliben | 5 minit | 1:35 ptg – 1:40 ptg

3. Rizzy ft. Rebelliben | 5 minit | 1:40 ptg – 1:45 ptg

4. Kurusawa | 5 minit | 1:45 ptg – 1:50 ptg

5. Kumpulan Gendang Gemala Kasturi | 10 minit | 1:50 ptg – 2:00 ptg

Sepanjang 3 hari itu juga, Kapasitor akan mengadakan satu pertandingan yang dinamakan Pertandingan Menulis Puisi SMS. Pertandingan ini akan menduga kehebatan dan kekreatifan anda untuk menulis puisi. Syarat-syarat pertandingan ialah:

1. Tidak melebihi 160 patah perkataan.

2. Menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

3. Terbuka kepada semua yang hadir pada Youth 2010 nanti (tiada batas umur, jantina, kaum mahupun politik).

4. Menggunakan borang yang hanya terdapat di Gerai Kapasitor di Youth Malaysia 2010.

5 puisi sms terbaik akan mendapat sehelai t-shirt Kapasitor secara percuma dan akan diumumkan pada 3hb Jun 2010 melalui laman sesawang Kapasitor.net

Cara untuk menyertai pertandingan ini mudah sahaja. Datang ke booth Kapasitor di Discovery Festival sepanjang berlangsungnya acara Youth Malaysia 2010 dan isi borang pertandingan! Tiada had penyertaan tetapi setiap orang layak menerima satu hadiah sahaja!

*Hanya puisi dalam bentuk teks sahaja diterima.
*Puisi SMS mestilah dihantar menggunakan borang (yang hanya terdapat di gerai Kapasitor) kepada sekretariat gerai Kapasitor di Youth 2010. Cara-cara lain akan ditolak.

Ayuh!

Khamis, April 29, 2010

Prasasti April 2010 & Youth Malaysia 2010

http://www.kapasitor.net/downloads/images/prasasti_april_2010.pngAlhamdulillah, syukur kepada Allah yang telah memberi kesempatan kepada Kapasitor untuk melahirkan Prasasti April 2010. Setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih diucapkan kepada saudari pijat2 & Kru Kapasitor Bahasa Melayu kerana dengan usaha gigih mereka, dapat kami hasilkan edisi Prasasti yang ke-4 untuk tahun ini. Jika tidak kerana usaha, ketekunan, kesabaran & kegigihan mereka ini, maka tidaklah dapat Kapasitor meneruskan tradisi pembikinan Prasasti yang sudah masuk ke tahun ke-3.

Kepada ahli-ahli Kapasitor yang telah terpilih karyanya, tahniah diucapkan. Semoga usaha kalian diberkati Allah dan seterusnya menaikkan lagi keyakinan dan keberanian anda dalam menceburi bidang penulisan. Pasti, jalan yang anda bakal lalui penuh dengan dugaan & cabaran, namun begitu jika anda cepat mengalah dan lekas patah semangat, maka anda bakal merugikan nikmat dan bakat yang Allah beri percuma.

Prasasti kali ini membariskan cerpen-cerpan dan puisi-puisi yang hebat dan bertenaga. Dengan dipilih secara teliti oleh Kru Bahasa Melayu, tidak syak lagi inilah antara pengisian yang terbaik dalam Kapasitor Bahasa Melayu sepanjang bulan Mac 2010. Oleh kerana terlalu banyak karya yang hebat-hebat, kelabu mata Kru Bahasa Melayu memilih antara yang terbaik.

Namun begitu, kepada yang tidak terpilih karyanya, ini bukan bermakna anda tidak bagus mahupun tidak hebat. Apabila anda meletakkan karya anda dalam Kapasitor, anda telah berjaya mengharungi halangan pertama dalam diri anda iaitu MALU. Inilah yang halangan pertama yang mana ramai antara kita yang kandas. Akibat perasaan malu dan kurang percaya pada diri sendiri, kita akan ketinggalan dan hanya mampu melihat rakan-rakan yang lain mengorak langkah mengejar impian masing-masing.

Semoga, kelahiran Prasasti April 2010 akan menyuntik semangat kepada anda semua; pelapes karyawan-karyawan terhebat Malaysia pada masa akan datang, insya Allah.

Di samping itu, sukalah bagi saya mewakili administrator Kapasitor yang lain untuk mengumumkan kepada anda tentang kemunculan Kapasitor pada program Youth Malaysia 2010 untuk kali kedua. Tahun lepas, kita telah dijemput untuk memeriahkan lagi festival hebat ini dengan slot Perkumpulan Komuniti. Tahun ini, kita telah dipanggil lagi untuk acara Discovery Festival. Acara ini bertujuan untuk memberi laluan kepada ahli-ahli Kapasitor untuk mempersembahkan bacaan puisi dan lain-lain aktiviti kreatif di atas pentas. Dan jika anda berminat..

Anda boleh mencabar diri anda sendiri dengan naik ke pentas!

Ya, pasti ramai antara kita yang ingin untuk membuat persembahan sama ada deklamasi sajak, sajak bermuzik atau apa-apa sahaja yang kreatif. Inilah peluang anda! Dan jika berminat, sila hubungi saya (jojo) mahupun cahatomic dan uculer serta xr. Kami akan pastikan ruang anda terbuka luas untuk naik ke pentas dan membuat persembahan ;)

Insya Allah, slot Kapasitor akan disendalkan pada hari Sabtu 29 Mei 2010. Gerai Kapasitor juga akan berada di sana sepanjang festival ini dari Jumaat 28 Mei hingga Ahad 30 Mei. Mari kita ambil peluang ini untuk beramah mesra dengan ahli-ahli Kapasitor dan lain. Dan, ada hadiah istimewa kepada ahli Kapasitor yang hadir ke gerai kami di sepanjang festival ini nanti.

Ayuh! Mari kita muat turun Prasasti April 2010, meriahkan persembahan Kapasitor dan kunjungi gerai kami di sepanjang Youth Malaysia 2010.

Amin.

diambil dari: http://www.kapasitor.net/weblog/post/130