Isnin, Januari 26, 2009

Majlis Ulang Tahun Kapasitor ke-4 @ 31 Januari 09

Mempunyai masa lapang pada hujung bulan Januari ini? Apa kata datang ke majlis ulangtahun Kapasitor ke-4 pada:

Tarikh: 31 Januari 2009
Hari: Sabtu
Tempat: Annexe Central Market
Masa: 10pagi - 6petang
Masuk: PERCUMA

Pelbagai acara menarik seperti bengkel penulisan daripada Serunaifaqir (pemenang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan - Exxon Mobil 2006-2007) dan Epri Tsaqib (penulis "Ruang Lengang" dari Indonesia). 

Juga, terdapat pameran lukisan, puisi-puisi kreatif dalam Bahasa Melayu, English dan Bahasa Indonesia, persembahan puisi akustik, deklamasi sajak, persembahan muzik kebudayaan dari Kumpulan Gendang Gemala Kasturi dan The Bagpiperz dan banyak lagi.Kepada yang berminat untuk menceburkan diri dalam dunia penulisan diharap dapat mengambil kesempatan dengan menghadirkan diri dalam majlis ini.

1 ulasan:

Puteri berkata...

nnt ade prog kabo la..
insya-Allah kalo free nk ikot
;-)