Isnin, November 01, 2010

Disebalik kelahiran Naquib Nawfal

Bukan semua orang berpeluang menyaksikan proses menyambut kelahiran bayi. Menjadi seorang suami pun belum tentu boleh melihat isterinya melahirkan anak terutamanya jika sang isteri perlu dibedah. Apa yang kita selalu tonton di televisyen tu masih belum cukup meninggalkan kesan terutamanya golongan yang keras kepala dan hati kering serta malas mandi pagi seperti  Ahmad Sharifudin Wassini b. Abdul Karim (abaikan).

Melihat bayi  yang keluar beserta uri, darah dan pelbagai bendalir dari badan seorang wanita adalah satu peluang yang datang bukan selalu (ya, melainkan and seorang bidan atau petugas hospital yang kerjayanya memang itu). Disebabkan aku hanyalah seorang juru pengaturcara yang lebih banyak bercakap daripada menaip, maka aku berasa bertuah kerana dapat melihat sendiri proses kelahiran anak aku dan suasana yang cemas di bilik kelahiran. Bilik yang terang benderang itu di-gegak gempita-kan dengan erangan Nadia, jeritan jururawat A yang berdesibel tinggi, ketangkasan jururawat B dalam menguruskan operasi dan juga ke-cacamerba-an adik-adik pelatih dari universiti tempatan.

Dan jika anda selalu lihat askar dan polis saling memberi tabik hormat kepada ketua mereka, ketahuilah bahawa yang anda perlu tabik hormat itu adalah kepada kaum wanita; ibu yang berhempas-pulas melahirkan anak kita dan emak yang begiu tabah membesarkan kita.  Mereka ini adalah super woman yang layak diberi penghormatan sebegitu.

Kenapa?

Kerana aku sanggup cabut bulu hidung aku dengan mengatakan bahawa tiada seorang lelaki pun yang sanggup mengeluarkan bayi dari hujung anunya.

Tak percaya?

Anda bayangkan diri anda sebagai seorang lelaki (Ini khas untuk orang perempuan dan bapuk yang mengaku perempuan). Di hujung anu anda, keluarlah seorang bayi yang seberat 2.6Kg. Sedangkan jika ada batu halus yang keluar pun kita sudah mengerang, apatah lagi mengeluarkan kepala bayi yang berdiameter 6cm.

Bagaimana lelaki? Nak cuba?

“Ai nak cuba!” (terdengar suara bapuk yang tak tahu malu di hujung sana sebelum dilepuk oleh Mohd. Mazwan bin Fakhrul Radzi - abaikan)

Naquib Nawfal bin Muhammad Johari
Naquib Nawfal selepas diazankan dan diqamatkan.Maaf, tiada gambar terbaru.Video ada tapi malas mahu muat naik.


Realitinya, dengan seberat 3.5Kg, Nadia Jalaludin telah berjaya mengeluarkan Naquib Nawfal secara normal pada pukul 7:40 malam 26 Oktober 2010. Aku yang diketahui umum memang gagah perkasa dan berperut buncit ini sudah pasti tak akan sanggup dan tidak mahu mengeluarkan bayi sebesar itu. Oleh itu, tabik hormat dan peluk cium aku berikan kepada isteri, Nadia bt. Jalaludin yang telah menjadi super woman kedua dalam hidup aku. Super woman pertama pastilah emak aku yang pada 21 tahun yang lalu melahirkan dan membesarkan aku dengan penuh kesabaran (menulis sambil menyorokkan bekas lebam ketika berumur 5 tahun :P :P)

Lagi

1 ulasan:

Unknown berkata...

tahniah.. ku dulu pun dapat tgk live macam mana baby ku keluar masa dalam labour room hospital serdang. macam alien pun ada dan skang lagi beberapa hari, baby ku akan genap meraikan hari lahir yang ke-4. alhamdulillah...