Isnin, Februari 09, 2009

7 Sebab Kenapa Majlis Ulang Tahun ke-4 Kapasitor Berjaya Dilaksanakan

Alhamdulillah, semua dah selesai. Sorry lambat update pasal Majlis Ulang Tahun ke-4 Kapasitor. Tadi aku balik dan sampai aje kat rumah terus nampak beberapa post di Komuniti tentang majlis yang berlangsung. Syawal pon dah tunjuk sneak peek gambar-gambar sepanjang majlis tu. So, aku rasa terpanggil untuk berkongsi dengan korang semua kenapa majlis itu berjaya dilaksanakan.

1. Abg Shamsul (Upenyu)
Mungkin tak de siapa yang tau, tapi inilah manusia yang bersungguh-sungguh mahu menjadikan majlis ini dijayakan. Adeyl juga bersama beliau pada awalnya. Kalau bukan kerana Abg Shamsul, pasti majlis ulang tahun Kapasitor ke-4 tidak akan berlaku dengan sebegitu dan sebegini. Ayuh! Mari ramai-ramai jerit di shoutbox my.Kapasitor Abg Shamsul dan katakan: "Saya sayang Abang Shamsul! Terima kasih kerana berkorban untuk Kapasitor!"

2. Kesesuaian Tempat, Annexe roks!
2 galeri yang digunakan semasa majlis itu sebenarnya telah awal-awal lagi dibatalkan menjadi 1 galeri saja kerana terbatas dari sudut kewangan. Tetapi, budiman benar pengurusan Annexe, mereka dengan selamba dan kacaknya telah sponsor satu galleri kepada Kapasitor supaya tidak sesak. Maka, dapat 2 galleri. Thanks Pang dan Jerome. Annexe Gallery roks!

3. Kehebatan Mini-Studio Syawal dan Ossan
Korang dan team korang adalah 9th Wonder of the World. Korang dengan selamba badaknya telah setup satu mini studio kat event Kapasitor. Geduak btul! Tapi, next event Kapasitor aku akan pastikan korang bukak mini-studio lagi. Korang best gile!! Happening, hensem-hensem dan jelita-jelita, gagah perkasa dan kreatif. Perlu pujian lagi ke? Wow!

4. 2 Workshop yang informatif, Serunaifaqir dan Epri adalah super kool!
Tahukah anda Serunaifaqir memang gemar bercakap? Itu dibuktikan semasa workshop pertama beliau yang bertajuk "Panduan Penulisan dan Penghantaran Karya". Aku terpaksa jeling Ucu 6 kali semata-mata nak suruh Serunaifaqir berhenti bercakap. Hebat Khairul!

Kehadiran Epri telah menarik encik Khalid Salleh datang mencemar duli. Dan lebih menarik, workshop "terapung" pada sessi Serunaifaqir telah dipindahkan ke bawah atas nasihat pengelola workshop. Epri benar-benar mencurah ilmunya pada yang hadir. Terima kasih!

5. Persembahan yang meremang segala jenis bulu di badan
Zuraidah, Ahnep, Lya, Syud, Andrea (pengacara gua.com.my), Acan, Black Coffee Honey, Gemala Kasturi, the Bagpiperz, Epri dan Gadis Upenyu (macam Gadis Harimau Kumbang dalam komik) telah membuatkan bulu tengkuk, bulu rom, bulu lengan, buluh betong dan bulu err.. err.. kami tegak kerana terlalu hebat! Sapa ada amek video time persembahan tu? Upload ke youtube please!

6. Pameran yang simple tapi super
Mounting board potong senget? Itulah yang membuatkan pameran Kapasitor lain daripada yang lain malah lebih hangat daripada yang biasa! Pameran lain pasti tidak ada mounting board yang senget. Bersyukurlah, kerana dalam majlis ulang tahun ke-4 Kapasitor ini sajalah anda dapat melihat mounting board senget dan 60 puisi terhebat daripada 3 bahasa berserta 24 hasil seni lukis dan fotografi yang terulung. Ya, tidak termasuk video Zinggof di projektor belakang :p

7. Pasukan penganjur yang komited!
Diorang sanggup curi masa kerja semata-mata nak siapkan stage. Diorang sanggup bazirkan masa cuti semata-mata nak potong mounting board. Diorang sanggup tak golek-golek kat katil sambil tengok tv malam-malam semata-mata nak datang meeting. Kalo diorang tak de, majlis ulang tahun ke-4 Kapasitor ni mungkin dapat disambut di kedai mamak aje dan dihiburkan oleh pelayan kedai mamak itu. Mesti korang tak nak btul tak?

Jadi, mari berterima kasih pada Team Kapasitor (admin dan moderator), upenyu, pej41, darthside4, aniegma, putri_alya, ahnep, syud, enarif, laways, ossan, ayusherly, akina, akusegan, nutsdecoco, loca, demityuh, greyorked, fadly (ada nama yg aku lupa ke? tolong taruk kat komen yer. Dah pukul 3 pagi aku tulis ni, otak dh tepu) dan teristimewa kepada njay sayang yang berada teguh di sisi walaupon demam tak kebah-kebah sampai ke hari ini. Juga terima kasih kepada orang-orang yang menderma kepada Kapasitor. Aku tak rasa aku patut announce nama korang tapi Allah tahu siapa korang. Allahlah yang balas setiap sen yang korang dermakan. Ida shazmiey, sorry tak dapat nak buat masa cuti sekolah itu hari. Next time insya Allah pasti ada lagi.

Jadi, aku ingin memohon maaf kalo ada terlebih dan terkurang. Ini adalah kali pertama Kapasitor organize majlis besar macam ni harap korang boleh maafkan keterlanjuran kami. Kalo ada sesiapa yang berkecil hati dan tak puas hati, mesej aku terus just in case kalo korang malu nak jerit kat shoutbox my.Kapasitor aku.

Aku sayang korang! Muah!

Untuk melihat gambar-gambar kemeriahan majlis ulang tahun ini, jemput klik ke pautan-pautan di bawah. Juga disertakan video ulang tahun yang diambil dari Gua.com.my














1. Gambar: http://www.kapasitor.net/community/post/2341

2. Gambar: http://www.kapasitor.net/community/post/2336

3. Gambar: http://www.kapasitor.net/community/post/2327

4. Gambar: http://www.kapasitor.net/community/post/2346

5. Gambar: http://www.kapasitor.net/community/post/2310

6. Gambar: http://www.kapasitor.net/community/post/2318

7. Video: http://www.kapasitor.net/community/post/2343 atau http://www.gua.com.my/Video/VideoDetails.aspx?VideoID=1560

Tiada ulasan: