Ahad, November 23, 2008
Jumaat, November 21, 2008
Puisi Pertama Cahatomic
Khamis, November 13, 2008
Selasa, November 11, 2008
Majlis Ulangtahun Kapasitor ke-4: Perjumpaan Pertama
Assalamualaikum,
Seperti yang telah diwar-warkan sebelum ini, maka dengan ini saya dengan perasaan rendah hati ingin memanggil semua orang yang mahu melibatkan diri dalam majlis bersejarah ini untuk perjumpaan kali pertama. Sila rujuk perincian yang tertera di bawah:
Tempat: Rasta Taman Tun Dr. Ismail (Rasta baru sebelah Penchala Link)
Masa: 9:00 - 12:00 malam
Tarikh: 13 November 2009 / Khamis
Person in charge: Johari Rahmad (jojo) +016 2315025
Sila rujuk pelan lokasi jika anda tidak pasti di mana Rasta Taman Tun
(http://www.foodpoi.com/2008/08/azims-burger-shack-at-rasta-food-court-taman-tun-dr-ismail/)
Kepada yang berminat untuk mengelola majlis ini, saya minta anda semua dapat hadir ke sessi perjumpaan pertama ini. Kelak, anda akan dapat berkenalan dengan lebih dekat dengan ahli-ahli semua di samping akan diterangkan tentang apa yang bakal dirancang. Jangan lupa, sila bawa kertas dan pen bersama-sama anda untuk mencatat. Jika anda sudah berkeluarga, saya minta maaf kerana mengadakan mesyuarat ini pada malam Jumaat. Harap tidak mengganggu sebarang proses menambah khalifah di muka bumi :p
Jumpa anda di sana.. di sana.. di saaaanaaaa....
Jumaat, November 07, 2008
Majlis Ulangtahun Kapasitor ke-4
Assalamualaikum dan heya semua,
Sempena dengan ulangtahun ke 4 penubuhan Kapasitor yang bakal menjelang pada 31 Januari 2009, kami bercadang untuk mengadakan satu majlis khas dan ingin menjemput anda semua. Antara yang akan dilakukan ketika majlis bersejarah itu nanti adalah:
1) Sessi deklamasi puisi terbuka kepada ahli Kapasitor (WAH!)
2) Pameran lukisan dan fotografi
3) Undangan khas penulis dari Malaysia dan Indonesia (Insya Allah)
4) Gerai jualan
5) Penganugerahan ahli dan karya paling popular dalam Kapasitor (And the oscar goes to..)
Untuk menjayakan majlis ini, kami memerlukan beberapa orang secara sukarelauntuk menjalankan dan membantu menganjurkan majlis ini. Terbuka kepada semua namun lebih molek jika anda berada di sekitar Lembah Klang supaya kita senang berbincang dan bermesyuarat kelak.
Buat masa ini, kami sedang berbincang untuk pemilihan tempat, promosi dan perbelanjaan.
Untuk pemilihan tempat, beberapa tempat yang berada dalam benak kami adalah Annexe Central Market, Akademi Seni Kebangsaan atau Rumah Gapena.
Dalam soal perbelanjaan, kami memerlukan sumbangan untuk kos sewa tempat, kos penganjuran dan bayaran kepada penulis dari Malaysia dan Indonesia tersebut.
Dari segi promosi, saya minta kita semua terlibat dalam penganjuran majlis ini kelak.
Saya minta, jika ada sesiapa yang berminat untuk bersama-sama saya menganjurkan majlis ini nanti, boleh menghubungi saya (jojo) dengan kadar segera. PM dan shoutbox saya sentiasa terbuka untuk anda. Bagi tujuan sumbangan pula, saya akan mengumumkan derma kilat kelak insya Allah.
Ayuh! Mari kita lakukan sesuatu untuk kebaikan masa depan generasi kita insya Allah.
Rabu, November 05, 2008
Kapasitor Music
Assalamualaikum and heya~
1. Last night we quietly launched our new platform for musicians. We called it Kapasitor Music. For the first phase of this new platform, we are going to share videos. Unfortunately, we cant host your video here in Kapasitor. What you can do is upload your videos to any video site (eg: Youtube) and share with us the embed or html code. All videos require approval.
2. Simply click on the "Quick Post" or Dashboard > Create and you will see the shortcut.
If you cant see the image above, please click this link: http://www.kapasitor.net/images/admin_kapasitor_music.jpg
4. We also added a few tips on how to improve your experience in Kapasitor. Please refer to Tips #2: Ikuti Hantaran Terbaru di Kapasitor Menggunakan Kapasitor Toolbar and Tips #1: Tambah Kapasitor dalam Blogspot Blog List Anda
5. If you haven't logged into Kapasitor for some times, you will be amazed on how we have improved our platform since your last login. For a start, let us greet you in our new Chatroom.
6. Thank you ;)
Isnin, Oktober 27, 2008
Kapasitor Rekomen!!

Khamis, Oktober 16, 2008
The Prestigious MSC APICTA 2008




Jumaat, Oktober 10, 2008
MSC APICTA! Here we come ;)
Alhamdulillah,
So, it's confirmed already. We managed to get to the final stage and must have ourself ready for the awarding ceremony on 15th October 2008. But, I am not sure whether Kapasitor could win or not. Surely our competitiors are came from big-big companies or some other great IT projects and well funded and well organised. They will announce it during the ceremony. The Gala will be held at KL Performing Arts Center. The tentative:
7.30 pm – Registration & Networking Cocktail
8.30 pm – Awards Presentation Ceremony / Entertainment (in Auditorium, theatre style seating)
10.30 pm – After Party / Supper
This year APICTA is my 3rd attempt. The first one was my FYP project. The second one was last year (the same year we won Special Mention in WSA Venice). This year we have that luck on being shortlisted and finally go for the final stage; probably because uculer is the one who nominated Kapasitor this year :p. So, I thank you Aishah Abd. Aziz for being the iron lady behind this nomination.
Friends, let's pray for Kapasitor success insya-Allah;)
Selasa, September 16, 2008
Chit Chat Nyum Nyum Versi Berbuka Puasa 2008
Salam dan hello kepada semua,
Sempena Ramadhan dan politik negara yang tak menentu ini, mari kita berbuka puasa bersama-sama! Inilah peluang untuk anda berjumpa orang-orang yang selama ini memuji, mengutuk, mengkritik mahupun mengorat anda dan penulisan anda di Kapasitor!
Tarikh: 19hb SEPTEMBER 2008
Hari: JUMAAT
Tempat: RASAMAS KL SENTRAL, KUALA LUMPUR
Masa: 5:30 PETANG
MAKANAN TIDAK DITAJA :p
Tidak ada sebarang booking akan dilakukan. Tidak perlu RSVP juga. Sesiapa yang mahu hadir, sila cam wajah cahatomic , rakan adminataupun mangifera. Beliau berdua akan berada di sana untuk memeriahkan sessi pemakanan kita. Kepada rakan-rakan yang berada jauh daripada segi geografi, kami minta maaf kerana inilah tempat yang dirasakan sesuai dan terbaik untuk semua.
Oleh itu, sila datang tepat pada masanya. Ingat! TIADA BOOKING untuk acara ini. Anda dinasihatkan untuk datang awal dan mengambil tempat. Untuk menambahkan nafsu makan dan kecur liur anda, di sini di letakkan gambar2 yang berkaitan dengan Rasamas KL Sentral
(Gambar-gambar di ambil daripada multiply.com)
(Gambar ini disedut dari http://www.ayamas.com.my/ourProducts/products_rasa.asp)
Program Chit Chat Nyum Nyum ini adalah satu aktiviti oleh Kapasitor. INGAT! Janji temu kita Jumaat ini~! YA, anda harus membelanja diri anda sendiri. Terima kasih :kohkoh
Tarikh: 19hb SEPTEMBER 2008
Hari: JUMAAT
Tempat: RASAMAS KL SENTRAL
Masa: 5:30 PETANG
MAKANAN TIDAK DITAJA :p
Amboi.. amboi.. amboi...
p/s: Dengan ini, saya mengucapkan SELAMAT BERPUASA dan SELAMAT BERBUKA PUASA kepada muslimin dan muslimat di Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan seluruh dunia. Minal aidil wal faizin
Sabtu, September 13, 2008
European E-inclusion Award 2008: Kapasitor Invited!
Another good news following after my presentation for MSC APICTA 2008 at MDEC yesterday. Here are snippets taken from my email today:
Selasa, September 09, 2008
Shortlisted for MSC APICTA 2008
Alhamdulillah,
Just a short note. Kapasitor is shortlisted for MSC APICTA Awards this year. There will be a presentation on this Thursday 11th September 2008 at Cyberjaya. Pray for our success. Amin.
Let's pray for uculer's health. Ucu, makan ubat cukup2!
Rabu, September 03, 2008
Astronomi Jiwa, Astrologi Hati
Ah, gaduh untuk sekian kalinya,
Sebatang tulang rusuk kiriku hilang,
Mungkin tersesat ke dunia astronomi?
Mungkin meracau dipengaruh astrologi?
Stellarium menjadi mangsa,
Fabien Chereau harus dipuja,
Setiap darjah Azimuth sudah diteroka,
Nilai Meridian dan Zenith sekadar hampa.
Sembunyikah engkau?
Di belakang Orion; Sang Pemburu,
Di celah M42; Nebula Orion,
Di sebalik Barnard 33; Nebula Kepala Kuda,
Tiada.
Hanyutkah engkau?
Dibawa arus Eridanus; Sungai Po di Laut Adriatik,
Dipusing Achernar; yang berputar laju,
Ditipu Epsilon Eridani; Sang kembar Matahari,
Tiada.
Sesatkah engkau?
Puas aku membelek Hubble,
Menilik deretan dan gugusan Kuiper,
Meninjau jika terdampar engkau di sana,
Tiada.
Dalam hampa aku lesu,
SMS sakti dari bumi kanggaru,
Menjadi penawar memberi klu,
Tempat persembunyian tulang rusukku,
Kupesongkan Hubble hatiku ,
Mencari latitude +80,
Di situ! engkau di situ!
Tersangkut kemas pada Virgo,
Membawa harapan secerah Spica,
Mari, turun ke bumi!
Menjadi pelengkap rusuk kiriku,
Semoga tumbuh sebagai sayap,
Membawa kita terbang,
Dan jika engkau gayat,
Peluk erat diriku sayang,
Bersama kita membelah Celestial.
Jumaat, Ogos 29, 2008
Berilmu dan Berusaha demi Kemerdekaan Negara
Memandang kemerdekaan dari aspek patriotisme adalah satu pandangan yang suci, namun adakah memadai sekadar berasa bangga dengan negara yang bebas dari penjajahan semata-mata?
Negarawan-negarawan yang dahulu dan sekarang berusaha untuk memacu negara ke landasan yang tepat, dari sudut ekonomi, pendidikan, budaya dan sosial. Namun, masih ramai yang tidak benar-benar faham bagaimana mahu menghayati kemerdekaan kita.
Kita dilekakan dengan hiburan menjelang kemerdekaan. Anak muda kita khasnya dihidangkan dengan konsert merdeka, arak di kelab-kelab hiburan dan pelbagai initiatif buruk oleh pihak-pihak tertentu atas nama memperingat kemerdekaan.
Salah satu cara terbaik untuk kita menghayati kemerdekaan adalah dengan merenung diri kita dan menilai sejauh mana kemajuan diri kita selama ini.
Adakah kita sudah cukup berbangga dengan apa yang kita ada selama ini? Adakah cukup senang dengan kerjaya kita sekarang ini? Adakah cukup lapang dada kita dengan apa yang kita usahakan selama ini?
Untuk para penulis novel, adakah cukup sekadar menulis novel-novel cinta syok sendiri dan kekal di tahap itu? Tidak mahukah kamu berganjak ke satu tahap baru yang mana menulis novel yang memperjuangkan sesuatu? Tidak mahukah menyajikan sesuatu yang lain daripada yang lain kepada pembaca kamu?
Untuk penulis cerpen, adakah cerpen kamu benar-benar bagus? Tidak mahukah menulis cerpen yang lebih tajam, sinis dan berilmu? Tidak terfikirkah mahu mengangkat kualiti cerpen kamu menjadi lebih baik daripada orang-orang lain? Cukupkah sekadar karya kamu terpampang di media cetak?
Untuk penulis puisi, cukupkah sekadar menulis berkiblatkan ekspresi diri tentang persekitaran dan diri sendiri? Tidak mahukan menulis puisi yang mampu meruntun perasaan orang lain? Tidak mahukah menulis puisi yang membuatkan pembaca berfikir panjang daripada berpusing-pusing tanpa hala tuju?
Untuk penggiat seni lukis, cukupkah dengan mengambil gambar yang cantik? Senangkah kamu dengan hasil kerja setakat ini? Tidak mahukah mencuba membeli cat minyak dan canvas dan mula berlatih di rumah? Tidak mahukah pergi ke galeri dan melihat hasil kerja orang lain yang jauh lebih hebat?
Perasaan ”cukup dengan apa yang ada” adalah satu perasaan yang melemahkan bangsa dan negara khasnya dari aspek ilmu. Untuk menjadikan negara kita benar-benar merasa nikmat merdeka, kita perlu berilmu. Untuk menjawab soalan-soalan yang diutarakan di atas, kita perlu mendalami ilmu dan tahu untuk apa ilmu yang kita ada digunakan.
Untuk menulis dengan lebih baik, bukan sekadar menjiwai cerita atau menghayati perasaan semata-mata. Perlu ada ilmu menulis untuk menaikkan kualiti penulisan dan penceritaan. Untuk mengambil gambar yang lebih baik, perlu tahu ilmu kamera dari segi teknikal dan pencahayaan. Untuk melukis dengan lebih baik, perlu tahu teknik-teknik lain dan bantuan media-media lain yang dirasakan perlu.
Jangan bising-bising bercakap soal bangsa, jika kita benci bercakap soal ilmu. Jangan kecoh-kecoh bercakap tentang hala tuju negara, jika kita malas untuk berusaha menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Jangan kompang tentang ketuanan melayu, jika keperluan kaum lain kamu pijak bawah sepatu.
Saya mengajak anda yang membaca ini, supaya memperkemas dan memperbetul kiblat anda. Marilah menjadi manusia yang berilmu dan berusaha. Tidak ada gunanya kemerdekaan yang kita sambut dengan konsert hiburan dan arak jika ilmu dan usaha kita amat mengecewakan.
Berilmu dan berusaha demi kedaulatan dan kemerdekaan negara. Selamat menyambut kemerdekaan Malaysia ke-51 pada 31hb Ogos 2008.
Rabu, Ogos 20, 2008
New update in Kapasitor
1. Kapasitor Activities.
I have to face the fact that I can’t get my eyes off the latest activities on the main page of Kapasitor. Well, personally I find it kinda fun to play at and I keep on refershing the main page just to know what’s going on in Kapasitor.
So, I’m proudly present to you a new addition to Kapasitor; Kapasitor Activities. It’s a simple page that keeps on refreshing every 5 seconds to keep all of us informed on what’s going on. Now, you can see who’s making friends, where’s the new comment, what’s new post in Kapasitor Artworks, who’s just uploaded a new profile photo, new blog post in Kapasitor Community and so on. Now, we don’t have to refresh the mainpage anymore :P
2. Kapasitor Artworks
New update in Kapasitor Artworks. Since I fell in love with JQuery’s plugin Jcorousel, I put the same effect in every art posts and somehow improve the navigation in that section. Now, you can browse other artworks sent by that member. For example, check out this post by Ahnep
3. Kapasitor in Facebook
We created a new group for Kapasitor in Facebook. And if you interested, you can always check out other social pages at friendster, myspace, hi5 and multiply.
4. Dashborad Improvement
Yes, some of you may not realize this but we are here to make it official. You can see what your friends are doing in your dashboard. The activities only show friends in your network.