Jumaat, November 07, 2008

Majlis Ulangtahun Kapasitor ke-4

Assalamualaikum dan heya semua, 

Sempena dengan ulangtahun ke 4 penubuhan Kapasitor yang bakal menjelang pada 31 Januari 2009, kami bercadang untuk mengadakan satu majlis khas dan ingin menjemput anda semua. Antara yang akan dilakukan ketika majlis bersejarah itu nanti adalah: 

1)      Sessi deklamasi puisi terbuka kepada ahli Kapasitor (WAH!)

2)      Pameran lukisan dan fotografi

3)      Undangan khas penulis dari Malaysia dan Indonesia (Insya Allah)

4)      Gerai jualan

5)      Penganugerahan ahli dan karya paling popular dalam Kapasitor (And the oscar goes to..)

Untuk menjayakan majlis ini, kami memerlukan beberapa orang secara sukarelauntuk menjalankan  dan membantu menganjurkan majlis ini. Terbuka kepada semua namun lebih molek jika anda berada di sekitar Lembah Klang supaya kita senang berbincang dan bermesyuarat kelak.

Buat masa ini, kami sedang berbincang untuk pemilihan tempat, promosi dan perbelanjaan. 

Untuk pemilihan tempat, beberapa tempat yang berada dalam benak kami adalah Annexe Central Market, Akademi Seni Kebangsaan atau Rumah Gapena. 

Dalam soal perbelanjaan, kami memerlukan sumbangan untuk kos sewa tempat, kos penganjuran dan bayaran kepada penulis dari Malaysia dan Indonesia tersebut. 

Dari segi promosi, saya minta kita semua terlibat dalam penganjuran majlis ini kelak.

Saya minta, jika ada sesiapa yang berminat untuk bersama-sama saya menganjurkan majlis ini nanti, boleh menghubungi saya (jojo) dengan kadar segera. PM dan shoutbox saya sentiasa terbuka untuk anda. Bagi tujuan sumbangan pula, saya akan mengumumkan derma kilat kelak insya Allah.

Ayuh! Mari kita lakukan sesuatu untuk kebaikan masa depan generasi kita insya Allah.

2 ulasan:

Laila Hanna berkata...

nak join planning!
=P

saya macam adalah cuti

Johari Rahmad berkata...

baiklah! time kasih laila, nnt sy annouce progress ;)

thanks thanks