Selasa, September 16, 2008

Chit Chat Nyum Nyum Versi Berbuka Puasa 2008

Salam dan hello kepada semua,

Sempena Ramadhan dan politik negara yang tak menentu ini, mari kita berbuka puasa bersama-sama! Inilah peluang untuk anda berjumpa orang-orang yang selama ini memuji, mengutuk, mengkritik mahupun mengorat anda dan penulisan anda di Kapasitor!

Tarikh: 19hb SEPTEMBER 2008
Hari: JUMAAT
Tempat: RASAMAS KL SENTRAL, KUALA LUMPUR
Masa: 5:30 PETANG

MAKANAN TIDAK DITAJA :p 

Tidak ada sebarang booking akan dilakukan. Tidak perlu RSVP juga. Sesiapa yang mahu hadir, sila cam wajah cahatomic , rakan adminataupun mangifera. Beliau berdua akan berada di sana untuk memeriahkan sessi pemakanan kita. Kepada rakan-rakan yang berada jauh daripada segi geografi, kami minta maaf kerana inilah tempat yang dirasakan sesuai dan terbaik untuk semua.

Oleh itu, sila datang tepat pada masanya. Ingat! TIADA BOOKING untuk acara ini. Anda dinasihatkan untuk datang awal dan mengambil tempat. Untuk menambahkan nafsu makan dan kecur liur anda, di sini di letakkan gambar2 yang berkaitan dengan Rasamas KL Sentral

http://www.kapasitor.net/images/rasamas/3.JPG

http://www.kapasitor.net/images/rasamas/4.JPG

http://www.kapasitor.net/images/rasamas/1.JPG

http://www.kapasitor.net/images/rasamas/2.JPG

(Gambar-gambar di ambil daripada multiply.com)

http://www.ayamas.com.my/images/rasamas_menu1.jpg

(Gambar ini disedut dari http://www.ayamas.com.my/ourProducts/products_rasa.asp)

Program Chit Chat Nyum Nyum ini adalah satu aktiviti oleh Kapasitor. INGAT! Janji temu kita Jumaat ini~! YA, anda harus membelanja diri anda sendiri. Terima kasih :kohkoh

Tarikh: 19hb SEPTEMBER 2008
Hari: JUMAAT
Tempat: RASAMAS KL SENTRAL
Masa: 5:30 PETANG

MAKANAN TIDAK DITAJA :p

Amboi.. amboi.. amboi...

p/s: Dengan ini, saya mengucapkan SELAMAT BERPUASA dan SELAMAT BERBUKA PUASA kepada muslimin dan muslimat di Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan seluruh dunia. Minal aidil wal faizin 

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Makan2 saja ya? Emmm ...

Tanpa Nama berkata...

Salam hari raya, ampun maaf dipinta juga andai ada terkasar bahasa sepanjang tahun ini.