Isnin, November 01, 2010

Disebalik kelahiran Naquib Nawfal

Bukan semua orang berpeluang menyaksikan proses menyambut kelahiran bayi. Menjadi seorang suami pun belum tentu boleh melihat isterinya melahirkan anak terutamanya jika sang isteri perlu dibedah. Apa yang kita selalu tonton di televisyen tu masih belum cukup meninggalkan kesan terutamanya golongan yang keras kepala dan hati kering serta malas mandi pagi seperti  Ahmad Sharifudin Wassini b. Abdul Karim (abaikan).

Melihat bayi  yang keluar beserta uri, darah dan pelbagai bendalir dari badan seorang wanita adalah satu peluang yang datang bukan selalu (ya, melainkan and seorang bidan atau petugas hospital yang kerjayanya memang itu). Disebabkan aku hanyalah seorang juru pengaturcara yang lebih banyak bercakap daripada menaip, maka aku berasa bertuah kerana dapat melihat sendiri proses kelahiran anak aku dan suasana yang cemas di bilik kelahiran. Bilik yang terang benderang itu di-gegak gempita-kan dengan erangan Nadia, jeritan jururawat A yang berdesibel tinggi, ketangkasan jururawat B dalam menguruskan operasi dan juga ke-cacamerba-an adik-adik pelatih dari universiti tempatan.

Dan jika anda selalu lihat askar dan polis saling memberi tabik hormat kepada ketua mereka, ketahuilah bahawa yang anda perlu tabik hormat itu adalah kepada kaum wanita; ibu yang berhempas-pulas melahirkan anak kita dan emak yang begiu tabah membesarkan kita.  Mereka ini adalah super woman yang layak diberi penghormatan sebegitu.

Kenapa?

Kerana aku sanggup cabut bulu hidung aku dengan mengatakan bahawa tiada seorang lelaki pun yang sanggup mengeluarkan bayi dari hujung anunya.

Tak percaya?

Anda bayangkan diri anda sebagai seorang lelaki (Ini khas untuk orang perempuan dan bapuk yang mengaku perempuan). Di hujung anu anda, keluarlah seorang bayi yang seberat 2.6Kg. Sedangkan jika ada batu halus yang keluar pun kita sudah mengerang, apatah lagi mengeluarkan kepala bayi yang berdiameter 6cm.

Bagaimana lelaki? Nak cuba?

“Ai nak cuba!” (terdengar suara bapuk yang tak tahu malu di hujung sana sebelum dilepuk oleh Mohd. Mazwan bin Fakhrul Radzi - abaikan)

Naquib Nawfal bin Muhammad Johari
Naquib Nawfal selepas diazankan dan diqamatkan.Maaf, tiada gambar terbaru.Video ada tapi malas mahu muat naik.


Realitinya, dengan seberat 3.5Kg, Nadia Jalaludin telah berjaya mengeluarkan Naquib Nawfal secara normal pada pukul 7:40 malam 26 Oktober 2010. Aku yang diketahui umum memang gagah perkasa dan berperut buncit ini sudah pasti tak akan sanggup dan tidak mahu mengeluarkan bayi sebesar itu. Oleh itu, tabik hormat dan peluk cium aku berikan kepada isteri, Nadia bt. Jalaludin yang telah menjadi super woman kedua dalam hidup aku. Super woman pertama pastilah emak aku yang pada 21 tahun yang lalu melahirkan dan membesarkan aku dengan penuh kesabaran (menulis sambil menyorokkan bekas lebam ketika berumur 5 tahun :P :P)

Lagi

Sabtu, Ogos 21, 2010

Announcement on Iftar 2010

From uculer:

I'm going to make this short (and hopefully, sweet). Here are the details:

Date: 28 August 2010
Time: 5.30pm onwards
Venue: Secret Recipe, KLCC
Attire: Yang tidak mendedahkan aurat berat dan sopan

I know I know, the idea of having the iftar in KLCC park is fetching but let's not forget the rainy season. We won't be able to have a tent for the event. Yet. So let's not take the risk and have it indoors instead.

We would be delighted if you can join this small gathering this year. Please feel free to confirm your attendance and hep! hep! serious attendees only ;).

Hence, I end this with a little note of hoping to see you people there.

more >

Rabu, Julai 28, 2010

Kapasitor @ Kosmo!

Karya kreatif di alam maya


KAPASITOR dibangunkan untuk penggiat karya kreatif seperti penulis, pelukis, penggubah lagu dan pemain muzik.


KEBANYAKAN orang tidak menyedari sisi kreatif di dalam diri kerana ia tidak pernah diterokai. Banyak faktor menyebabkan kreativiti itu terbantut begitu sahaja, salah satunya adalah kerana tiada medium untuk mengembangkan karya-karya kreatif itu.

Selain keterbatasan peluang menerbitkan karya kreatif, kos yang terlalu tinggi juga sering kali menjadi penghalang kepada usaha memahirkan bakat tersebut.

Lantaran itu, seorang anak muda membangunkan sebuah laman webwww.kapasitor.net pada awal tahun 2001 untuk dijadikan platform kepada penggiat karya kreatif mengenengahkan bakat terpendam mereka.

Artikel selanjutnya boleh dibaca di sini

Selasa, Julai 06, 2010

Borak Foto bersama Shaiful Rizal

Tarikh: 31 Julai 2010 (Sabtu)
Masa: 10.00 pagi – 4.00 petang
Tempat: FnD Mindspot, 103A, Jalan Aminudin Baki, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur.
Penceramah: En. Shaiful Rizal Mohd Jaafar (http://www.shaifulr.com)

    SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
  • Penyertaan adalah terhad kepada 10 orang sahaja.
  • Bayaran sebanyak RM80.00 dikenakan bagi setiap peserta.
  • Setiap peserta diminta membawa 3 keping gambar terbaik bagi tujuan pembelajaran.
  • Para peserta juga boleh membawa kamera masing-masing.

    FUNGSI SEMINAR
  • Memberi pendedahan yang meluas tentang teknik fotografi kepada para peserta didalam mengaplikasikan konsep fotografi.
  • Membincangkan dan menerangkan tentang kreativiti menghasilkan sesebuah gambar yang berkualiti dan idealogis.
  • Meningkatkan pengetahuan para peserta tentang dunia fotografi menerusi perkongsian pengalaman penceramah sebagai photojournalist

Sila daftarkan diri anda kepada jojo atau la_ways dengann menyertakan sekali butir peribadi anda seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, nombor telefon. Sila buat pembayaran setelah mendapat pengesahan pendaftaran daripada jojo atau la_ways.

Pembayaran haruslah dibuat kepada:

Bayaran: RM80/seorang
Akaun CIMB: 12510062550521
Nama: Mohd Syawalrudin bin Azizan

Anda diminta menghubungi En. Mohd Syawalrudin bin Azizan di talian 019-213 3969 bagi membuat pengesahan pembayaran dengan menyertakan tarikh serta nombor rujukan pembayaran.

source: http://www.kapasitor.net/klik/workshop/arts/

Seminar: Becoming A Wordsmith

The Internet is a powerful tool. With the Internet, there is no geographical boundaries and time limit. Many companies are turning to the Internet for marketing efforts.

A wordsmith grabs the chance and earns extra money from writing reviews, editing manuals and even conducting their own survey.

So, why can’t it be you?

Introduction

Participants will be exposed to the tips and tricks for freelancing through writing. Participants can expect to gain benefit from the tips to win the clients’ heart as well as places with available freelancing jobs. The conductor will also share ways on how participants can get benefit from their talents.

Information:

- The seminar is open for ten (10) participants only.
- Participants are required to write an essay of between 150 and 300 words on ‘Online Advertising’. This article will then be used during discussion to sharpen writing skills.
- Lunch meal is available for everyone.
Objective:

- To help participants be a better freelance writer.
- To learn together on becoming a better writer.
- To remind the participants on the importance of copyright issues.

Those who are interested can contact uculer to provide personal details like full name, IC number and phone number. Once participants got the registration confirmation from jojo oruculer, please make prompt payment to secure your seat.

Payment: RM80/person
Maybank Account: 164258374173
Name: Siti Aishah bt Abdul Aziz

Feel free to contact uculer at 012-2080164 to confirm the payment with reference number and date intact.


Isnin, Mei 31, 2010

Sekitar Gerai Kapasitor Selama 3 Hari di Youth Malaysia 2010 @ PWTC

Salam semua!

Masih belum hilang penat setelah 3 hari berada di PWTC menjayakan gerai Kapasitor dalam Discovery Festival. Terima kasih tak terhingga kepada semua yang terlibat, datang dan menjayakan gerai Kapasitor tahun ini.





Untuk gambar penuh, sila lihat album:

atau


Untuk laporan penuh sepanjang 3 hari, sila ke link ini:

Alhamdulillah, terima kasih semua! ;)

Khamis, Mei 27, 2010

Jadual Persembahan, Gerai Kapasitor & Pertandingan Menulis Puisi SMS sempena Youth Malaysia 2010

Berikut adalah jadual persembahan ahli-ahli Kapasitor sempena Youth Malaysia 2010 di PWTC pada hari Ahad, 30 Mei 2010.

Diharap para peserta akan bersedia dengan persembahan masing-masing.



http://theyouthfestival.com/images/map-bigger.png

Tempat: Discovery Festival

Masa: 1:30 tgh hari – 2:00 petang

1. Rebelliben solo | 5 minit | 1:30 ptg – 1:35 ptg

2. Syud ft. Rebelliben | 5 minit | 1:35 ptg – 1:40 ptg

3. Rizzy ft. Rebelliben | 5 minit | 1:40 ptg – 1:45 ptg

4. Kurusawa | 5 minit | 1:45 ptg – 1:50 ptg

5. Kumpulan Gendang Gemala Kasturi | 10 minit | 1:50 ptg – 2:00 ptg

Sepanjang 3 hari itu juga, Kapasitor akan mengadakan satu pertandingan yang dinamakan Pertandingan Menulis Puisi SMS. Pertandingan ini akan menduga kehebatan dan kekreatifan anda untuk menulis puisi. Syarat-syarat pertandingan ialah:

1. Tidak melebihi 160 patah perkataan.

2. Menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

3. Terbuka kepada semua yang hadir pada Youth 2010 nanti (tiada batas umur, jantina, kaum mahupun politik).

4. Menggunakan borang yang hanya terdapat di Gerai Kapasitor di Youth Malaysia 2010.

5 puisi sms terbaik akan mendapat sehelai t-shirt Kapasitor secara percuma dan akan diumumkan pada 3hb Jun 2010 melalui laman sesawang Kapasitor.net

Cara untuk menyertai pertandingan ini mudah sahaja. Datang ke booth Kapasitor di Discovery Festival sepanjang berlangsungnya acara Youth Malaysia 2010 dan isi borang pertandingan! Tiada had penyertaan tetapi setiap orang layak menerima satu hadiah sahaja!

*Hanya puisi dalam bentuk teks sahaja diterima.
*Puisi SMS mestilah dihantar menggunakan borang (yang hanya terdapat di gerai Kapasitor) kepada sekretariat gerai Kapasitor di Youth 2010. Cara-cara lain akan ditolak.

Ayuh!