Isnin, April 20, 2009

Temu Bual Aku dalam Majalah Tunas Cipta Mei 2009

Telefon aku menjerit ketika aku sedang mengemudi kenderaan beroda empat berkuasa 1000cc aku menuju ke Shah Alam. Sebagai seorang jejaka yang tidak menghiraukan keselamatan poket (manalah tahu jika ada polis sedang memerhati), terus aku melihat siapa di hujung talian.

Ayah. 
Ok, bukan private number. Ingatkan orang mintak hutang.

Tet!

"Halo anakku sayang!"
"Ya, ayahandaku manja!"
"Anakanda pulang tak malam ni?"
"Tidak ayahanda, anakanda ada urusan duniawi untuk dilangsaikan. Gerangan apa?"
"Ohh.. tidak mengapalah. Ni, ayahanda nak ingatkan. Anakanda dapat jemputan ke Dewan Bahasa ni. Balik la ambil kad undangan ya?"

Dewan Bahasa  hantar kad undangan? Wow!

"Ok ayahanda! Akan diusahakan!"
"Baiklah, cau cin cau..!"

(Perbualan di atas terpaksa dipesong untuk tujuan tertentu. Tiada hidupan yang terbunuh ketika pesongan diadakan)

Maka, keesokkan harinya aku pulang ke rumah. Benar, terdapat envalope besar di atas meja tertulis nama aku. Aku buka kad undangan yang terdapat di dalamnya. Oh, jemputan ke Majlis Pelancaran Wajah Baharu Majalah Terbitan DBP bertempat di PWTC pada hari Rabu 22hb April. Mohon RSVP segera.

Baiklah!

Berserta itu, terdapat juga majalah Tunas Cipta keluaran Mei 2009 dan sehelai lagi surat rasmi bertajuk "PENGHARGAAN SEBAGAI PENYUMBANG MAJALAH TUNAS CIPTA". Eh, berdasarkan 2 karya aku yang lepas (Sajak Cinta Kimia dan Sedikit Biologi serta Cerpen Indera Panji Dilanggar Todak), aku sekadar menerima cek apabila karya aku disiarkan di majalah Tunas Cipta. Tapi kali ini berbeza sedikit. 

Aku menyumbang apa?

Aku selak majalah Tunas Cipta itu sehelai demi sehelai sampai aku berhenti dengan agak lama di halaman 6. Kemudian aku tersenyum sendirian.




Temu bual aku seperti yang Bonda Aini janjikan sudah terbit. Alhamdulillah.



Terima kasih DBP! Terima kasih Bonda Aini! Terima kasih Kapasitor! 



(versi selamba)
1. Gila tak sangka! Tetibe ada muka aku dalam majalah! wow!
2. Sebenarnya aku rasa rendah diri weh.. aku bukan ada background dalam sastera @ penulisan ni.
3. Aku harapkan akan ada ramai lagi orang dari Kapasitor yang dapat menjinakkan diri dalam Tunas Cipta. 
4. Kalo korang nak tau apa komen aku tentang DBP, apa pendapat aku tentang karya popular dan karya serius dan visi aku pada pengkarya internet.. maka korang kena beli majalah ni.

Jumaat, April 03, 2009

Talentime atau Tale n Time?

Kalau anda rasa cerita ini tentang Talentime sekolah, maka anda tersilap. Ini adalah filem yang bercerita tentang konflik antara agama, konflik antara percintaan orang normal dan pekak & bisu, konflik persaingan pelajaran, konflik kasih sayang, konflik antara kaum dan pelbagai konflik lagi.

Kita tahu rata-rata filem Yasmin pasti akan mengundang kontroversi. Talentime adalah tidak terkecuali. Dan seperti biasa, filem-filem yang padat berisi dengan isu berat selalunya tidak mendapat tempat di hati kita. Ok, antara yang mungkin mengundang kontroversi adalah isu tidak hormat lagu kebangsaan pada bahagian awal filem ini.

http://farm4.static.flickr.com/3236/3141181990_96fb4863ee.jpg

Ini Mahesh yang wajar dipukul kerana pandai berlakon :p

http://farm4.static.flickr.com/3099/3141182008_97993070b6.jpghttp://farm4.static.flickr.com/3099/3141182008_97993070b6.jpg

Ini Hafiz yang bermulut ganjil semasa audition :p

Talentime juga seperti satu filem muzikal yang tidak ada tari menari seperti High School Musical mahupun Hairspray. Namun begitu, filem ini juga mendengarkan suara keramat Aizat dan Atilia. Hafiz dengan gitar di pentas bersuara Aizat. Melur bermain piano bersuara Atilia. Oh, tak lupa juga lagu nyanyian Rahat Fateh Ali Khan bertajuk Oh Re Piya. Ada sesiapa di sini yang tahu mana nak beli OST Talentime ?

Cuma, filem ini tidak ada penamat. Kalau ada pun penamatnya, maka saya tidak faham. Cerita ini berakhir selepas Hafiz dan Kahoe menyampaikan lagu mereka di pentas bersama-sama. Tidak ada pemenang untuk talentime ini. Kononnya ada 7 org finalists, tapi yang ditonjolkan cuma 3 orang sahaja. Tidak mengapa, ini filem Yasmin. Adalah sebab beliau untuk menamatkan filem itu sebegitu.

Para pelakon muda Talentime

[Versi selamba]

1. Gile weh, Jaq berlakon tu! Tak de langsung scene dia menyanyi. Kali ni kasi dia chance berlakon lak. Tapi, macam tak mencabar sangat watak dia dalam Talentime ni.

2. (Melur) Pamela Chong berlakon aku rasa tak best. Nampak macam hot tapi hmmm... aku rasa tak best.

3. (Hafiz) Syafie adalah bakat. Masa dia nyanyi untuk audition talentime tu, mulut dia aku benci tengok :P. Menyesal tak salam + amek gambar dengan dia masa dia datang opis itu hari.

4. (Mahesh) Mahesh adalah lucu. Ekspresi muka dengan watak adalah sangat tepat. Ya, aku nak pukul ko jugak sebab ko pakai baju purple berkerawang yang sangat cantik.

5. Aizat & Atilia: Korang suara mantap! Aku nak beli OST Talentime! (Dah ulang 2 kali dah)

6. Harith Iskandar dan keluarga: Agak ganjil dan sofistikated. Tapi tak pe, dalam Sepet dah ada scene Harith Iskandar kejar bini dia dalam rumah pakai spender aje :P

7. Aku perasan penggunaan kenderaan-kenderaan yang aku rasa antik antaranya adalah bas sekolah yang berbentuk van tapi ganjil dan kereta cikgu warna merah yang berbentuk ganjil juga. Tak de company nak sponsor kenderaan ke? Kenapa tak nak partner dengan Proton gune kereta BLM?

8. Ok, audience masa tengok movie ni adalah ganjil juga. Diorang selalu gelak. Scene sedih pon diorang gelak. Ke aku yang bodoh tak paham scene?

9. Azean Irdawatie berlakon sebagai Embun, seorang pesakit kanser. Mak aih, real gile berlakon! Juga patut disembah!